Thursday, February 17, 2011

-untitle-

1st of all,
bislillahirahmanirahim....
semoga hari ini diri kita diberkati oleh-NYA.dengan setiap apa yang kita lakukan agar mendapat keredhaan dan dilimpahi kurniaan-NYA.Jagalah diri dan pekerti sebaiknya agar kita sentiasa disenangi orang sekeliling,serta mencuba memperbaiki diri agar menjadi lebih baik di hari- hari mendatang.

Segala apa yang berlaku pada hari ini kita jadikan iktibar dan pedoman agar kita sentiasa lebih bersedia dalam menempuh kehidupan kita dewasa kini.Segala apa yang kita miliki,harta,kekayaan,kecantikan dan segala-galanya adalah limpah kurnia dari-NYA dan sebagai manusia kena menghargai bukan egokan diri.Satu saat ALLAH pasti mengambil hak tersebut yang sejak azali kita miliki.
..................................................................................................................................................................
malam nie aku rasa sepi lagi-lagi terbaca someone status kat fb-mengatakan ibu nya telah meninggal dunia petang tadi...hurmmm....secara langsung je aku teringat kat ibu aku yang berada jauh di sabah.sihat kah ibu ku hari ni?gembira kah dia?hurmm,terjaga kah makan minumnya?..aku dapat rasakan ibu sangat rindu pada anak2 nya,lagi-lagi diriku yang terlalu manja dengan dia.kadang-kala aku rasa menyesal meninggalkan ibuku keseorangan disana semata-mata untuk menyambung pelajaran,tapi,apakan daya,kita merancang,tuhan yang menentukan,aku tahu,setiap saat dia rindukan diriku,hurmm...lagi-lagi bila mendapat panggilan telefon darinya.aku tidak nafikan memang aku rindu sangat padanya,hurmm,,tidak lokek dengan kata nasihat,dan kadang-kadang aku gelak bila memikirkan kata-kata ibu.tapi tidak dinafikan,memang betul,kerisauan ibu lah yang jadi pegangan diri kita.rindu sangat kat ibu aku.semoga dia sentiasa sihat walafiat hendaknya.

Kadang-kadang,apa yang kita hajati belum tentu tercapai,tapi,apa yang aku inginkan biarlah jadi rahsia dalam hati dan suatu masa ia akan terungkai.aku hanya berharap masa itu akan tiba dan segala apa yang aku hajati akan menjadi kenyataan.insyALLAH.

Tuesday, February 15, 2011

masalah oh!! masa-alah

dalam kehidupan,tidak lari dari pelbagai masalah,kadang2 masalah itu berpunca dari diri kita sendiri mahupun pihak lain,cuma mungkin kita sedikit alpa sehingga berfikiran negatif terhadap sesuatu masalah tersebut sehingga mampu menjejaskan jangkauan fikiran mormal.bukan senang nak menyelesaikan sesuatu masalah,dan kita sebagai manusia perlu berusaha mencari jalan penyelesaian, bukan lari dari masalah yang akhirnya tidak berpenghujung.-amanat kepada diri sendiri.

Monday, February 14, 2011

bermula kisah cinta blog seorang aku-Part 2

.....Seperti cerita semalam..masih memperkatakan tentang cinta..bukan aku..tetapi untuk sesiapa yang pernah merasa keindahan cinta dan memahami apa erti sebenar cinta.Walaupun siapa diri kita di dunia ini,nikmat cinta akan dirasai kerana ia muncul dalam sanubari,bukan kerana paksaan,sebab itulah..termeterainya percintaan wanita muda dan kekasihnya seorang tua..bukan kehendak diri.tetapi sudah suratan takdir..kita hanya mampu merancang..namun,penentuannya akan berubah-ubah tapi,kita sendiri tidak tahu..segala kejadian mempunyai hikmah...diharap mampu bertahan dan sentiasa bersabar..:)

sering kita terdengar..kalau bercinta,biar berpada-pada,takut nanti diri sendiri yang menerima padah.Sekuat mana kita mampu melindungi,sekuat itulah masalah dan dugaan bergelak ketawa,sinis!mencabar diri setakat mana kemampuan kita..tanpa pegangan,kita akan tersungkur..dan terjatuh,bila terjatuh,amat payah kita berdiri..memakan hari..bulan dan kadangkala bertahun-tahun.wujud fobia dalam diri,menentang cinta,sebab itulah,wujudnya,homoseksual tidak kira lelaki atau perempuan,ini semua kerana benci,perasaan hati yang menentang.
...Memang mudah berkata cinta,tetapi,amat payah memahami erti cinta,pengertian cinta tidak lahir dari muka buku,tapi lahir dari hati dan sanubari..setakat mana kita mampu mengolah,setakat itu la kita mula merasa.Kadangkala,ada cinta kerna terpaksa,tersungkur di tengah jalan,kadangkala,ada cinta atas dasar kekeluargaan,kadangkala,putus lesap nilai kasih sayang ibu ayah,dan,selalunya,ada cinta kerana kasih sayang..tapi berlandaskan nafsu yang mentertawakan kasih sayang.ini lah cinta yang seringkali kedengaran.di penghujung hari,akan menjadi kelam,membisu kata,sepi sendiri,meratapi hari sendiri.nilai kasih sayang pada awalnya kini dibawa masa silam dan pergi tidak kembali.Masa itulah,di mana ibu,di mana ayah,yang sekian lama terleka kerana  hawa sanubari dan perasaan cinta melampau.Walau apapun berlaku,syurga itu di bawah tapak kaki ibu,selagi belum melafaz kegembiraan bersama insan impian,selagi itulah,syurga berada di tapak kaki ibu.
....Sepi bila hidup bersendiri,berubah seri bila impian dihati muncul dihati..itulah ajaibnya cinta,yg mampu mengolah diri,momentum yang berganda,mampu membawa diri bukan diri membawa cinta.kadangkala,kita mati kerana cinta,kadangkala,kita sepi tanpa cinta,dan kebiasaannya,kita berseri bila adanya cinta,tetapi,kita sendiri tidak mengetahui,sampai bila seri itu akan terus bersama..wujud suka dan duka dalam ikatan,adalah lumrah,namun,lumrah itulah membawa perpecahan,walhal seringkali berkata berbaur marah,terhiris hati namun dipendam,semata-mata menjaga hati,namun sampai bila?Adakalanya,protes berlaku tanpa sedar,dendam dalam hati menjadi bias kepada pergolakan,selagi adanya kesabaran,selagi itulah keutuhan nya.namun,pergi nya sabar akan membawa linangan air mata.bukan kerana sedih,tetapi kerana benci.
....."cinta tak kenal siapa",bunyinya sinis,namun,adakah kita tahu,siapa cinta kita?..tercari-cari,meneliti,agar bertemu cinta dihati.Kadangkala pergi,dan kembali lagi..kita hanya mampu mencari jalan,bukan mengetahui jawapan yang sesiapa pun tidak mengetahui melainkan-Nya.
Setelah bertemu cinta,bukan bermakna kita berjaya,tetapi hari mendatang akan wujudnya lebih banyak onak duri,bukan untuk bermegah-megah,tetapi,berusaha untuk menegakkan erti cinta sebenar.Sekali terjatuh,selagi itulah gelak ketawa dan cacian bersuka ria..kerana mampu mematahkan cinta yang utuh.Selagi kita menurut persenda mereka,selagi itulah kita berbaur marah,dendam,dan penyakit hati.
Amat sukar cinta diterjemahkan..tetapi,amat mudah diluahkan,dan,penterjemahan erti cinta itulah adakalanya melencong hingga wujudnya propaganda tidak berasas,cinta berlandaskan hawa nafsu,akan terhenti cintanya apabila perginya nafsu,semua yang manis menjadi hempedu,putih bertukar kelam..dan senyuman bertukar tangisan.masa itu,kita sendiri menyedari..mengakui kesilapan diri..semoga menemui jalan untuk kembali....

                     .........to be continue..........:)

Sunday, February 13, 2011

bermula kisah cinta blog seorang aku-Part 1

kadang-kadang sedih itu akan bertukar ceria bila munculnya sinar yang tidak putus bersama kita.Kehadiran insan dalam hati bukan lah semata-mata cinta,tetapi atas dasar perhubungan yang setia.,keikhlasan,serta kasih sayang.
      Setiap insan perlukan rasa hati,namun kadangkala tidak mampu menyerap dalam sanubari bersama,dan pergi begitu sahaja.Memang benar apa yang diperkatakan,kasih dan cinta akan bertukar wajah apabila lahirnya titik hitam yang menyerap dalam hati sehingga melalaikan kedua-dua pihak.Kadangkala,cinta yg bersemi dicampakkan jauh sekian lamanya atas dasar ego.Hanya ungkapan dibibir mampu memberi keyakinan di hati namun sekadar ucapan hanyalah imbasan fikiran yang kesekiankalinya mampu berubah mengikut masa.
     Cinta yang tulus bukan lahir dari kata bibir,namun lahir dari hati sanubari tanpa kata namun mampu menghujahkan 1001 rasa dihati.Kebenaran cinta sukar dibuktikan dengan kata-kata hyperbola,kerana ianya hanya lah ilusi yang lahir dari bibir yang berkata tetapi tidak mampu menandingi kata metafora dalam hati dan sanubari.Kehadiran secebis rasa cinta dalam diri bukanlah sehidup semati kerana kelalaian manusia,leka dengan perihal duniawi,fikiran bertali arus,kadangkala manis,kadangkala duka,kadangkala sepi,kadangkala gembira,inilah langkah kehidupan yang mengajar diri menjadi dewasa malahan kaki melangkah sama ada pasti atau keraguan.Kepastian dan keraguan itulah selalunya yang menjadi punca perbalahan,punca air mata,punca berduka,dan segala punca berunsur peritstiwa.
...Kenangan demi kenangan tercipta akan menjadi propaganda yang membawa gelak tawa namun kadangkala menjadi pancaroba apabila bulat kuasa mencipta bahana.Hidup segan mati tak mahu menjadi pendinding dikala sendu.Melangkah tanpa kata,melangkah rasa sedih,tidak berpijak dibumi nyata,membawa keresahan bersama sehingga terbawa dalam mimpi yang mampu merusuhi diri.Alangkah hebat nya bila bercinta,namun alangkah bahananya apabila berduka.
...Ketabahan diri dan kekuatan dalam menempuh kehidupan amat perit bila tidak menyusuri jalan kebenaran.Berdiri dan tersungkur adalah jawabnya.Perasaan cinta kadang kala berwarna putih kadangkala berubah kelam tanpa dipaksa.Hanya akan kembali putih apabila munculnya cahaya harapan kelak.
Seringkali terbayang dalam diri wajarkah ucapan cinta dimeterai kini?..aku sendiri tidak mengerti..bukan bermakan dayus tetapi ingin menghargai diri.Arus kehidupan bukan mudah seperti yang disangka,kerana,corak kehidupan kita hari ini dan esok tiada siapa yang tahu.
...Wujudnya cinta mungkin tidak dirasai tetapi mampu di rasa dalam benak hati apabila cahaya yang benar datang dan bertemu diri kita.Hanya masa dan yang berkuasa menentukannya.Biarlah masa penentu segala.kerana setiap corak dalam diri memrlukan haluan benar bukan haluan dusta.

.............................(to be continue)...........

Thursday, February 10, 2011

Lollipop time!!

agak tenang malam nie aku rasa..tanpa menggangu otak..aku hanya memasang earphone sambil layan lagu yang ada dlm list mp3 aku.inilah kerja aku bila aku free..tapi malam ni aku memang rasa free and xnak buat kerja sebab esok pun jumaat.cuti..so,rilek2 la sehari..hehee..
walaupun kerja semakin menggunung..buat2 rilek je la..malas nak fikir nanti tambah tension.hehe..
malam ni aku nak rehatkan minda n menghadap skrin lappy aku je!!
sambil mengunyah lollipop yg aku beli tadi..sepaket kot..agak banyak jugak la..harap2 x di makan semut!!
hehee..nahas kau semut kalau kau makan aku punya makanan!!aku makan kau balik!!hahaha..
k la guys....take care!!!!

Tuesday, February 8, 2011

Test ur own lah!!!!!!damn!!!

selmat pagi!!haihh!!awal2 di hari macam nie dah rase tension!mid-term teori rekabnetuk pagi tadi sangat damn!!gile!!aku xtau nak jawab ape!!dah la aku duduk depan!kalau duduk belakang boleh borak2 ngan toyol!!ngekk!!!aku xtau la berapa kerat je la aku dapat untuk test tadi 2!!choiii!!!!!


perasaan aku sekarang ialah T.E.N.S.I.O.N.!!!!!!!!!!!

-Cinta dan perpisahan-

C.I.N.T.A
indah di dengari
seputih kasih shah jehan kepada mumtaz
secangkir kasih yang tak bisa diertikan kata
hanya tulus lahir dari hati
sepurnama gelisah namun,
sedetik masa berbahagia
itulah kekuatan kata
C.I.N.T.A
sekali cinta,
pasti perpisahan mengembara
mencari di mana luka
menanti hari menanti masa
cuma kita tidak menyedari
punah harapan putus segala harapan..
C.I.N.T.A yang dikata indah
kini berubah wajah
kini merubah minda
seluruh pancaindera tidak bermaya
tidak mampu menahan rasa
hiba,
sedih,
air mata..
ahh!!semua dusta!!
kata kata hanya kata kata
bukan lahir keikhlasan
tetapi lahir kebijaksanaan
mempersenda!
mentertawa kecil!
menunding jari!
itulah..
C.I.N.T.A bila munculnya
P.E.R.P.I.S.A.H.A.N

-DeyllashraffIdris

-kurang faham tetapi bahagia-

..rasenye dah 2 hari x update kan?.hehehe..agak busy dengan assignment,sebab 2 la..erm....banyak yang aku telah pelajari hari nie..eh!i mena..bukan la stdy ker ape..but,more 2 kehidupan la kan..hehe..
erm..hari nie..aku bukak je fb,banyak gile ragam-ragam manusia..ada yang sedih berpisah dengan couple,ada yang memaki hamun!!,ada yang mengaku gay!!ada yang perasan cantik!ada yang show-off!!haihh!!ini la kehidupan.tak sah kalau isu-isu macam nie xde kan?..semua ada momentum masing2..termasuk diri saya sendiri jugak la..hoho..kadang-kadang,terifikir jugak..ape sebenarnya motid mereka-mereka nie mengatakan sedemikian...bagi aku,cukup la diri kita yang tahu hal peribadi kita..i mean..semua la..takut2 kalau terlajak kata,diri kita binasa..tanpa sedar,sebutir perkataan yang kita ucapkan mampu mengguris hati ramai pihak..sebab tu la timbul peribahasa la katakan..hehe.."mine ur own words"..supaya kita sentiasa berwaspada dalam berkata2..hehe...xpelah..rasenye semua 2 hak masing-masing kan...bukan hal aku..cma terasa geli hati apabila teringatkan apa yg berada di ruang minda..
..lain topik plak...malas nak buat new post sebab line agak cibai malam nie...padahal dah pukul 3am..hampir!aku ada kelas pukul 8am!ouh!!damn!!!ada quiz mungkin..aku buat blurr je la..lagipun kelas 2 memang membosan kan kehidupan aku..bukan aku saja...semua member2 aku komplen menggunung pasal isu kebosanan itu!jadi aku tak bersalah sebab menuduh sembarangan!haha...1 more thing,hari nie aku dapat pelajari benda baru!terima kasih kepada madam fashion baru kami!baru tahu begitu caranya melukis figure!sangat terkesima bila dia menunjukkan satu persatu cara melukis dengan dengan betul!terasa macam di kelas tadika pun ade!tapi memang kreatif!salute kamu madam!hehe...
esok2 ajar lagi...mula tertarik nak melukis figure dengan lebih yakin lagi!hohooho....harap2lah kan..
takut hari ini berkata ya...esok berkata damn!!haha..semestinya bagi diriku yang x sempurna.!!
cepat sangat melatah dan bosan!!bosan!!bosan!!walaupun realitinya memang bosan dowh!!
teringin melukis figure seperti ini!!
ok la....rasenyer macam dah over-limit nak tido nie!!kang x bangun pagi aku!!k guys...take care!!

Saturday, February 5, 2011

serabut punya malam!!

plan nak buat kerja semua terbengkalai!haish!!xtau la macam mana esok nak jawab neh!!
dah la kepada otak aku rase tak sihat sangat..terpaksa g faramasi beli panadol malam td..huhu!!apelah nasib!!1 more thing!aku terlupe nak buat story board!!adesss!!cuti seminggu nie pergi macam 2 je...semua serba x kena.nie la pdahnya x buat kerja!!pengajaran untuk diri sendiri!!esok terima la ketebalan telinga masing-masing!!
questionaire x buat lagi..bab 1 pun baru nak merangkak-rangkak!hohoo..apelah kejadian kalau macam nie...semua x kene.xpelah..baek aku tido dulu!esok pagi bangun awal n buat mane yg patut!ak print itu,ini..semua kene submit esok!!k la..nite guys...selamat malam.salam!!!!

Friday, February 4, 2011

hari ini aku H.A.P.P.Y

rasa bosan berada di hostel akhirnya telah membawa aku ke bandar kota bharu petang td.hehe..
(ayat kene skema sebab janji nak jadi penulis amatur berjaya)hoho..
erm..xpelah,janji puas hati...
petang tadi aku dengan member aku pergi bersiar siar dan menghabiskan masa di kb mall kerana sudah berjanji sejak 2 hari lepas.kehadiran kami ke kb mall disambut dengan gemilangnya bila ada sekumpulan lion dance sedang membuat persembahan.haha..red carpet uols..!!!tapi earphone tetap ditelinga sebab bunyi gendang yg best jugak kalau didengar menerusi jarak jauh.hahaa...tapi memang best la persembahan dorg..conrats u guys!!
hehe..petang td aku plan nak beli sweater sahaja ye..tapi kan,aku g beli plak pants..yg aku dah "M" sejak hari 2.masuk je kedai 2,tengok2 sluar 2 dah xde..siap tanye ngan kakak promoter 2..dia kata ade,dia cari2 plak kat bawah susunan sluar yg bertimbun2 itu.huh!!!nasib baik ada...alhamdulillah!!!
aku terus grabbed la kan..lagipun harga nya cuma RM29.90.-jefferson punya la.murah kan?..hehe..
plan ngan sluar 2 nak alter biar 3/4 je.esok2 je la..hehehe....rasa malas masih ade lagi nie!!..hurmmm...aku seterusnya ngan member aku ni g la jalan2 lagi..ternampak la plak..sorg minah ni...sangat la cantik kot...pakai tudung.tetibe..OMK!!!nampak pusat!!haishh!!adakah patut??x patut kan?..hurmm..xtau la dia sedar ker x..tapi baju die memang singkat la..hohooo...x leh blah la kau!!!!
lepas 2..g la kfc..as usual..lepak sejam kat sne..jumpe plak ngan dak2 junior bersama kawan2 nya...say hi2 bye2 je la..hehe...pastu..g la..tengok sweater..tanpa berfikir panjang aku trus grabbed!!macam hell!!kan?..hahaa...ade size S je..hehe..aku muat!!yupieeee!!!mungkin kah aku dah mengecil?..hahaha..LOL
..pastu,aku g teman member cari baju dia plak..hehe..sekali angkut!!3 helai baju!!hayooo..mak kau!!!ehhe
tapi xpe..ade sale..for CNY!masih agak murah jgk la..hehe..alang2 biar sampai melayang!!hehee..
aku mase 2 tengah risau gile2 sebab duit ade RM100 je kan..x cukup!!hhaa..
aku terpaksa hantar messange kat ayah aku mintak bankin masa tu jugak..!!ehhe..dengan sepantas kilat duit ada dalam acc maybank!!thanks ayah!luv u!!tanpa segan silu.tanpa sedar aku trus menggrab lagi 1 T-shirt n glasses untuk dipakai ke kelas.hehee....ade motif baik sebenarnya mintak duit 2..hehe..bukan nak berfoya2 pun kan..ngeee...
x sedar plak banyak jugak la aku habis kan hari ni...hurmm...nie la yg aku x suka g bandar!ade je ygaku nak beli...hohoo..ohye!!tadi jumpe plak junior sorg ngan member die..org thai katanya..memang cantik la...mata biru sebab contact lens.hehe..di ajak plak pegi karaoke!!aku memang nak pegi tapi member aku xnak plak.heee...xpelah..lagipun kami mane tahu tempat 2..xpelah..biarkan je dorg yang berkaraoke..tup!tup!!!!tup!!!dah nak pukul 8pm.haha..x sedar..dah nak balik dah....pakcik driver 2 plak lambat sampai..so,lepak secret recepe je la sampai pacik 2 datang.hehee...dan lepas 2 kami pun balik dengan selamatnya....hehehe..thanks pakcik driver!!nanti kita call kamu lagi!hehehe..ok la guys...jap lagi i upload pix ye..hehehee.......see yaaa..take care guys!!!!











Wednesday, February 2, 2011

Siti Nurhaliza-Cuba Untuk Mengerti

sekeping hati




melangkah dan seketika berfikir
berkecamuk minda menahan rasa
seperti diri bukan sendiri
seperti hati bukan bererti
seperti janji bukan tepati
inilah susulan
kehidupan penuh teka teki
aku sendiri tidak mengerti
apakah dini hari
didampingi hanya kata penyeri?
ohh!!aku sendiri tidak mengerti.

sesudah itu setelah kini
seperti perit mencengkam hati
hanya kasih tidak terperi
hanya bererti bila berseri
hanya pergi bila tidak bererti lagi.
-deyllashraffIdris-

Tuesday, February 1, 2011

hari ini aku sendirian berhad.

assalamualaikum..bertemu lagi kita..hehe..(rancangan bual bicara melayu dahulu kala) tiada pengacara cuma bunyi keyboard saje yg berbunyi mengikut irama lagu asli 90-an..hehehe..malam nie rase sunyi pulak ye..xtau la kenapa..biasalah kan..single..memang la sunyi...lain la kalau ade awekkkss..('s..ramai sangat)..awek suda cukup.seorang.hehe..mengarut pulak di malam2 yang penuh bintang ini...
hurmm...aktiviti aku hari ini..i mean..1hb feb 2011.aku habiskan dengan memerap dalam bilik sambil melayan fb,gelak2 dan meng"like" smua activiti friendlist's..hehhee..sori la der kalau kamu x suka,bukan ape..terjangkit beb!!rase best plak "like" smua post member2..ehhee...
pastu,aku mencuba jadi amatur photographer pakai camera biase je...(DSLR mini cooper).haha..
amat tragik...tp,xpelah,janji bahagia kan...yg real punya nanti di"grab"..haha..xtau la bila kan..wait n see je la..
erm...ade byk jgk aku ambik pix sekitar hostel aku ptg td..sekali ngap pix kucing aku ambik..haha..terima kasih wahai kucing kesayangan.erm...jap2 lagi aku upload yer picca nya...
malam td keluar sekejap je beli ape yang patut dan dapat air free plak 2..terima kasih pantai timur hypermarket..dan member plan nak masak n aku on je...leh makan skali lagi2 malas nak mkn kat luar..asyik benda yang sama je..bosan dehhh!!!hehe...aku pun melepak la kat bilik die sampai pukul 1am td..sambil pasang lagu suka hati nya..biar bising,sebab bilik semua sunyi...entahla.bila la penghuni nye nak balik,aku pun x tau,banjir katanya..ape2pun,semoga mereka selamat sampai..:)hurmmm...
kalau rumah aku dekat,aku pun nak balik jgk,tp xpelah..apalah nasib...orang2 kuantan pun ajak jgk ke putrajaya this week tapi,xtau la...banyak keje nak buat sebenarnya...x buat2 lagi sampai hari ini..hurmmm..sikap malas dan termalas melanda.
esok,plan nak pegi library nak buat PP1,bab 1 punya...n nak prepare pasal questionaire about fashion n make-up.memang confirm ke bandar lagi 2/3 hari nie..xpelah,janji hepi n kerja on time.hohoo..
kalau x buat nanti x pasal2 kene marah...biru telinga,sangat gebu!hahaha...
ape2pun,diharapkan,ape yg berlaku hari ini menjadi pengalaman yang berguna kepadaku untuk meneruskan hidup hari esok...dan semoga hari esok akan menjad hari yang lagi baik daripada hari ini..insyallah..ok guys,,,selamat menunaikan kewajipan..sebelum tido,nak upload gambar dulu..ngeeeee...