Monday, February 14, 2011

bermula kisah cinta blog seorang aku-Part 2

.....Seperti cerita semalam..masih memperkatakan tentang cinta..bukan aku..tetapi untuk sesiapa yang pernah merasa keindahan cinta dan memahami apa erti sebenar cinta.Walaupun siapa diri kita di dunia ini,nikmat cinta akan dirasai kerana ia muncul dalam sanubari,bukan kerana paksaan,sebab itulah..termeterainya percintaan wanita muda dan kekasihnya seorang tua..bukan kehendak diri.tetapi sudah suratan takdir..kita hanya mampu merancang..namun,penentuannya akan berubah-ubah tapi,kita sendiri tidak tahu..segala kejadian mempunyai hikmah...diharap mampu bertahan dan sentiasa bersabar..:)

sering kita terdengar..kalau bercinta,biar berpada-pada,takut nanti diri sendiri yang menerima padah.Sekuat mana kita mampu melindungi,sekuat itulah masalah dan dugaan bergelak ketawa,sinis!mencabar diri setakat mana kemampuan kita..tanpa pegangan,kita akan tersungkur..dan terjatuh,bila terjatuh,amat payah kita berdiri..memakan hari..bulan dan kadangkala bertahun-tahun.wujud fobia dalam diri,menentang cinta,sebab itulah,wujudnya,homoseksual tidak kira lelaki atau perempuan,ini semua kerana benci,perasaan hati yang menentang.
...Memang mudah berkata cinta,tetapi,amat payah memahami erti cinta,pengertian cinta tidak lahir dari muka buku,tapi lahir dari hati dan sanubari..setakat mana kita mampu mengolah,setakat itu la kita mula merasa.Kadangkala,ada cinta kerna terpaksa,tersungkur di tengah jalan,kadangkala,ada cinta atas dasar kekeluargaan,kadangkala,putus lesap nilai kasih sayang ibu ayah,dan,selalunya,ada cinta kerana kasih sayang..tapi berlandaskan nafsu yang mentertawakan kasih sayang.ini lah cinta yang seringkali kedengaran.di penghujung hari,akan menjadi kelam,membisu kata,sepi sendiri,meratapi hari sendiri.nilai kasih sayang pada awalnya kini dibawa masa silam dan pergi tidak kembali.Masa itulah,di mana ibu,di mana ayah,yang sekian lama terleka kerana  hawa sanubari dan perasaan cinta melampau.Walau apapun berlaku,syurga itu di bawah tapak kaki ibu,selagi belum melafaz kegembiraan bersama insan impian,selagi itulah,syurga berada di tapak kaki ibu.
....Sepi bila hidup bersendiri,berubah seri bila impian dihati muncul dihati..itulah ajaibnya cinta,yg mampu mengolah diri,momentum yang berganda,mampu membawa diri bukan diri membawa cinta.kadangkala,kita mati kerana cinta,kadangkala,kita sepi tanpa cinta,dan kebiasaannya,kita berseri bila adanya cinta,tetapi,kita sendiri tidak mengetahui,sampai bila seri itu akan terus bersama..wujud suka dan duka dalam ikatan,adalah lumrah,namun,lumrah itulah membawa perpecahan,walhal seringkali berkata berbaur marah,terhiris hati namun dipendam,semata-mata menjaga hati,namun sampai bila?Adakalanya,protes berlaku tanpa sedar,dendam dalam hati menjadi bias kepada pergolakan,selagi adanya kesabaran,selagi itulah keutuhan nya.namun,pergi nya sabar akan membawa linangan air mata.bukan kerana sedih,tetapi kerana benci.
....."cinta tak kenal siapa",bunyinya sinis,namun,adakah kita tahu,siapa cinta kita?..tercari-cari,meneliti,agar bertemu cinta dihati.Kadangkala pergi,dan kembali lagi..kita hanya mampu mencari jalan,bukan mengetahui jawapan yang sesiapa pun tidak mengetahui melainkan-Nya.
Setelah bertemu cinta,bukan bermakna kita berjaya,tetapi hari mendatang akan wujudnya lebih banyak onak duri,bukan untuk bermegah-megah,tetapi,berusaha untuk menegakkan erti cinta sebenar.Sekali terjatuh,selagi itulah gelak ketawa dan cacian bersuka ria..kerana mampu mematahkan cinta yang utuh.Selagi kita menurut persenda mereka,selagi itulah kita berbaur marah,dendam,dan penyakit hati.
Amat sukar cinta diterjemahkan..tetapi,amat mudah diluahkan,dan,penterjemahan erti cinta itulah adakalanya melencong hingga wujudnya propaganda tidak berasas,cinta berlandaskan hawa nafsu,akan terhenti cintanya apabila perginya nafsu,semua yang manis menjadi hempedu,putih bertukar kelam..dan senyuman bertukar tangisan.masa itu,kita sendiri menyedari..mengakui kesilapan diri..semoga menemui jalan untuk kembali....

                     .........to be continue..........:)

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.