Sunday, February 13, 2011

bermula kisah cinta blog seorang aku-Part 1

kadang-kadang sedih itu akan bertukar ceria bila munculnya sinar yang tidak putus bersama kita.Kehadiran insan dalam hati bukan lah semata-mata cinta,tetapi atas dasar perhubungan yang setia.,keikhlasan,serta kasih sayang.
      Setiap insan perlukan rasa hati,namun kadangkala tidak mampu menyerap dalam sanubari bersama,dan pergi begitu sahaja.Memang benar apa yang diperkatakan,kasih dan cinta akan bertukar wajah apabila lahirnya titik hitam yang menyerap dalam hati sehingga melalaikan kedua-dua pihak.Kadangkala,cinta yg bersemi dicampakkan jauh sekian lamanya atas dasar ego.Hanya ungkapan dibibir mampu memberi keyakinan di hati namun sekadar ucapan hanyalah imbasan fikiran yang kesekiankalinya mampu berubah mengikut masa.
     Cinta yang tulus bukan lahir dari kata bibir,namun lahir dari hati sanubari tanpa kata namun mampu menghujahkan 1001 rasa dihati.Kebenaran cinta sukar dibuktikan dengan kata-kata hyperbola,kerana ianya hanya lah ilusi yang lahir dari bibir yang berkata tetapi tidak mampu menandingi kata metafora dalam hati dan sanubari.Kehadiran secebis rasa cinta dalam diri bukanlah sehidup semati kerana kelalaian manusia,leka dengan perihal duniawi,fikiran bertali arus,kadangkala manis,kadangkala duka,kadangkala sepi,kadangkala gembira,inilah langkah kehidupan yang mengajar diri menjadi dewasa malahan kaki melangkah sama ada pasti atau keraguan.Kepastian dan keraguan itulah selalunya yang menjadi punca perbalahan,punca air mata,punca berduka,dan segala punca berunsur peritstiwa.
...Kenangan demi kenangan tercipta akan menjadi propaganda yang membawa gelak tawa namun kadangkala menjadi pancaroba apabila bulat kuasa mencipta bahana.Hidup segan mati tak mahu menjadi pendinding dikala sendu.Melangkah tanpa kata,melangkah rasa sedih,tidak berpijak dibumi nyata,membawa keresahan bersama sehingga terbawa dalam mimpi yang mampu merusuhi diri.Alangkah hebat nya bila bercinta,namun alangkah bahananya apabila berduka.
...Ketabahan diri dan kekuatan dalam menempuh kehidupan amat perit bila tidak menyusuri jalan kebenaran.Berdiri dan tersungkur adalah jawabnya.Perasaan cinta kadang kala berwarna putih kadangkala berubah kelam tanpa dipaksa.Hanya akan kembali putih apabila munculnya cahaya harapan kelak.
Seringkali terbayang dalam diri wajarkah ucapan cinta dimeterai kini?..aku sendiri tidak mengerti..bukan bermakan dayus tetapi ingin menghargai diri.Arus kehidupan bukan mudah seperti yang disangka,kerana,corak kehidupan kita hari ini dan esok tiada siapa yang tahu.
...Wujudnya cinta mungkin tidak dirasai tetapi mampu di rasa dalam benak hati apabila cahaya yang benar datang dan bertemu diri kita.Hanya masa dan yang berkuasa menentukannya.Biarlah masa penentu segala.kerana setiap corak dalam diri memrlukan haluan benar bukan haluan dusta.

.............................(to be continue)...........

4 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.